Mampukah aku
menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya
pada Allah dan Rasulullah
Hartanya
diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati
kekasih Allah
Susah dan
senang rela bersama…
Dapatkah ku
didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah
yang bijak
Pendorong
kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar
untuk dilaksanakan…
Mengalir air
mataku
Melihat
pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam
setiap perintah
Taat dengan
abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki
harta dunia
Layaklah dia
sebagai wanita penghulu syurga…
Ketika aku
marah
Inginku intip
serpihan sabar
Dari catatan
hidup Siti Sarah….
Tabah jiwaku
Setabah umi
Nabi Ismail
Mengendong
bayinya yang masih merah
Mencari air
penghilang dahaga
Di terik
padang pasir merak
Ditinggalkan
suami akur tanpa bantah
Pengharapannya
hanya pada Allah
Itulah wanita
Siti Hajar….
Dapatkah aku
mengikut jejak Siti Rahmah
permaisuri
hidup Nabi Ayub….pasrah dengan dugaan Tuhannya….
walau pernah
tersungkur kerana jerat syaitan…namun ia kembali
kerana iman
yang kuat…telah dijanjikan syurga adalah balasannya….
bahagia adalah
miliknya…
Mampukah aku
menjadi wanita solehah?
Mati dalam
keunggulan iman
Bersinar
indah, harum tersebar
Bagai wanginya
pusara Masyitah…
Tidak ada komentar:
Posting Komentar